WASHINGTON: Hakim Amerika Syarikat (AS) menetapkan 23 Jun bagi perbicaraan kes penipuan jenayah melibatkan syarikat pembuat pesawat, Boeing, berhubung dakwaan menyembunyikan maklumat mengenai sistem utama pada 737 Max. Keputusan itu disambut baik oleh keluarga mangsa dua nahas pesawat Max, yang meragut 346 nyawa, dengan menyifatkannya sebagai peluang untuk mendapatkan keadilan. Sementara itu, Boeing pula memaklumkan ia masih dalam perbincangan berterusan dengan Jabatan Kehakiman AS bagi menyelesaikan kes tersebut. Tahun lalu, kerajaan persekutuan AS dituduh merangka perjanjian yang menguntungkan Boeing, selepas syarikat itu ditawarkan peluang untuk mengaku bersalah dan membayar denda,…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya