JOHOR BAHRU: Mangsa banjir di negeri ini semakin berkurangan apabila setakat pukul 8 pagi ini, hanya 3,893 mangsa masih ditempatkan di 24 pusat pemindahan sementara (PPS) yang masih dibuka. Jumlah itu merupakan pengurangan berbanding seramai 4,597 mangsa yang direkodkan pada pukul 4 petang semalam. Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN), Tan Sri Dr. Azmi Rohani berkata, lima daerah masih terjejas akibat banjir ketika ini. “Johor Bahru kekal daerah paling terjejas…










