TOKYO: Jepun berdepan kebakaran hutan terbesar sejak lebih 30 tahun, dengan api marak di beberapa lokasi menyebabkan seorang maut dan lebih 1,000 penduduk terpaksa dipindahkan. Menurut Agensi Pengurusan Bomba dan Bencana, kebakaran itu dianggarkan merebak ke kawasan seluas kira-kira 1,200 hektar di hutan Ofunato, wilayah utara Iwate, sejak ia bermula pada Rabu lalu. “Kami masih menilai keluasan kawasan yang terjejas, tetapi ini adalah yang terbesar sejak kebakaran hutan pada 1992 di Kushiro, Hokkaido,” kata seorang jurucakap agensi itu kepada AFP. Menurut agensi berkenaan, sekitar 1,700 anggota bomba dari seluruh negara…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya