PETALING JAYA: Malaysia akan mengetengah beberapa strategi dalam menambah baik pelaksanaan Perjanjian ASEAN mengenai Jerebu Merentas Sempadan (AATHP). Kementerian Sumber Asli dan Kelestarian Alam (NRES) berkata, Malaysia juga akan terus meneroka peluang kerjasama dua hala bersama Indonesia bagi mengatasi masalah tersebut. Menurutnya, sempena Kepengerusian ASEAN, Malaysia akan menjadi tuan rumah Mesyuarat Ke-18 Menteri-Menteri Alam Sekitar ASEAN bersekali dengan Mesyuarat Ke-20 AATHP pada 1 hingga 5 September ini di Langkawi, Kedah.…










