TOKYO: Jepun sedang mempertimbang untuk menaikkan kadar Cukai Pelancong Antarabangsa, yang kini 1,000 yen (RM29.78) seorang dan dikenakan terhadap individu yang meninggalkan Jepun sebagai ‘cukai berlepas’. Kerajaan bercadang untuk memperluaskan tujuan penggunaan hasil cukai itu, termasuk langkah bagi menangani pelancongan berlebihan, yang menjadi masalah di banyak kawasan akibat peningkatan mendadak pelancong asing. Ahli jawatankuasa Parti Liberal Demokratik (LDP), mula mengumpul pandangan mengenai jumlah kenaikan cukai serta mekanisme pelaksanaannya. Dengan negara…










