BANGI: Orang ramai yang pulang ke kampung halaman untuk menyambut Aidilfitri perlu berhati-hati semasa memandu terutama ketika melalui 554 lokasi ‘maut’ yang dikenal pasti kerap berlaku kemalangan. Daripada jumlah itu, sebanyak 432 lokasi panas (hotspot) dan 122 titik hitam (blackspot) di lebuh raya dan Jalan Persekutuan di seluruh negara dikenal pasti Polis Diraja Malaysia (PDRM) dalam Op Selamat 24 sempena Hari Raya Aidilfitri, bermula 29 Mac hingga 3 April ini.…