JOHOR BAHRU: Seorang pemuda sanggup mengerah kudrat berulang-alik menolak bot getahnya sejauh satu kilometer meredah banjir bagi menyelamatkan lebih 100 murid Sekolah Kebangsaan (SK) Taman Tampoi Utama, di sini dalam kejadian baru-baru ini. Mohd. Afiq Yuzaini, 30, berkata, dia yang dibantu bapa dan tiga jirannya berulang-alik lebih 30 kali bagi menyelamatkan mangsa yang terkandas di sekolah itu dan kawasan berhampiran. Katanya, lebih mencabar apabila bot getahnya itu bocor dan perlu…