Eda Ezrin mahu kerja keras selepas bebas

Eda Ezrin mahu kerja keras selepas bebas

EDA EZRIN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA BHARU: Penyanyi lagu Bea Sobar Bea, Wan Norshaheeda Azlin Wan Ismail atau Eda Ezrin bertekad bekerja lebih keras untuk membantu keluarganya selepas dibebaskan sepenuhnya dari tahanan di Penjara Wilayah Narathiwat, Thailand.

Memuatkan artikel berkaitan…

Bapanya, Wan Ismail Wan Yusoff berkata, perkara tersebut dikongsi Eda Ezrin semasa bekas isteri dan anak bongsunya melawat penyanyi itu minggu lalu.

“Sepanjang pertemuan itu, dia (Eda Ezrin) banyak bercakap soal keluarga dan perancangan yang dilakukan apabila bebas sepenuhnya,” katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia, semalam.

Wan Ismail berharap pihak pendakwaan tidak mengemukakan rayuan bersabit keputusan Mahkamah Wilayah Narathiwat yang telah membebaskan Eda Ezrin, suami serta empat lagi rakannya daripada tuduhan memiliki pil kuda serta penyalahgunaan dadah.

Katanya, seluruh ahli keluarga kini berdoa Eda Ezrin dibebaskan dalam tempoh sebulan sepertimana yang ditetapkan oleh Mahkamah jika pihak pendakwaan tidak mengemukakan rayuan.

“Selain kami, kedua-dua cucu saya iaitu anak kepada Eda Ezrin turut memasang impian untuk menyambut Hari Raya Aidilfitri bersama ibu mereka. Mereka sangat teruja apabila mengetahui ibu bebas dari tuduhan tersebut. Kedua-dua mengimpikan untuk beraya bersama dengan Eda Ezrin.

“Bagaimanapun kami tidak memberikan harapan, cuma berdoa semoga ada keajaiban berlaku yang mana Eda Ezrin dibebaskan lebih awal,” katanya.

Eda Ezrin, suaminya dan empat rakan yang dibebaskan daripada pertuduhan memiliki 6,059 biji pil kuda oleh Mahkamah Wilayah Narathiwat,dilaporkan perlu kembali semula ke penjara.

Kesemua mereka perlu kembali ke Penjara Wilayah Narathiwat bagi membolehkan pihak pendakwaan memfailkan rayuan terhadap keputusan itu dalam tempoh sebulan.

Sekiranya, tiada rayuan Eda Ezrin, suaminya, Mohd. Affendi Ahmad, 35, bersama, Eridieka Mohd. Noor, 33; Mohamad Alif Deraman, 33; Nur Aida Mamat, 33, dan Zuhaira Nasrin, 26, akan dibenarkan pulang. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN