SHAH ALAM: Wakil-wakil rakyat DAP dibenarkan untuk menerima anugerah kebesaran yang membawa gelaran Datuk selepas parti bersetuju untuk meneliti syarat ketatnya sebelum ini. Setiausaha Agungnya, Anthony Loke Siew Fook berkata, perkara tersebut akan dibincangkan pada mesyuarat Jawatankuasa Eksekutif Pusat (CEC) baharu yang akan dipilih hari ini. “Sebelum ini kita ada dasar untuk tidak membenarkan mana-mana wakil rakyat DAP menerima anugerah Datuk dan sebagainya tetapi sekarang, setelah hampir 17 tahun kita…










