SUNGAI PETANI: Buruh binaan yang mengalami kecederaan setelah tertusuk besi pada bahagian muka selamat menjalani pembedahan mengeluarkan besi itu, awal pagi kelmarin. Mangsa, Azlan Mahmood, 55, bersyukur apabila dimaklumkan doktor bahawa dia akan pulih seperti sedia kala, selain tidak mengalami kecacatan kekal akibat kejadian itu. “Syukur umur saya masih panjang apabila tidak perlu melalui pembedahan yang rumit dan tempoh pun singkat iaitu hanya kira-kira dua jam untuk mengeluarkan besi jenis…