Bazar Ramadan: Peniaga 'bertahan', kekalkan harga jualan kuih

Bazar Ramadan: Peniaga ‘bertahan’, kekalkan harga jualan kuih

PENIAGA mula menyusun kuih muih yang dijual di bazar Ramadan pekarangan Stadium Sultan Muhammad Ke IV, Kota Bharu, Kelantan hari ini.-UTUSAN/ROSLIZA MOHAMED
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA BHARU: Peniaga di bazar Ramadan pekarangan Stadium Sultan Muhammad IV disini memilih untuk ‘bertahan’ apabila harga jualan kuih-muih masih lagi dikekalkan sebagaimana tahun lalu meskipun harga bahan mentah mengalami kenaikan termasuk sewa tapak.

Tinjauan Utusan Malaysia mendapati masih terdapat kuih yang boleh dibeli pada harga serendah RM1 seperti jala emas, tahi itik, pulut sekaya dan akok.

Seorang peniaga kuih Jihan Meghaa Ismail, 49, berkata, dia memilih untuk tidak menaikan harga meskipun berdepan dengan kos sewa tapak bazar Ramadan agak tinggi tahun ini.

“Kebanyakan kuih yang saya jual masih sama dengan harga RM1 seperti tahun lalu mengikut jenisnya. Harga kuih akok untuk saiz besar juga masih lagi kekal dijual RM5 sebiji.

“Bagaimanapun, hanya kecuali kuih sekaya naik sebanyak 50 sen berbanding RM1 tahun lalu,” ketika ditemui di sini hari ini.

Sementara itu, Noranizawani Ahmad Zamri, 20, memberitahu, dia masih lagi mengekalkan harga martabak RM10 untuk tiga keping.

Katanya, dia berbuat demikian kerana mahu berniaga sambil beramal sepanjang Ramadan walaupun bahan mentah seperti telur dan tepung gandum serta sewa tapak mengalami kenaikan.

“Insha-Allah hasil jualan dalam tempoh beberapa hari ini dapatlah saya gunakan untuk membayar sewa tapak,” ujarnya.-UTUSAN

 

 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN