JOHOR BAHRU: Sejumlah 800 lubang kerosakan jalan atau ‘pothole’ baharu telah dikesan di lima daerah seluruh negeri ini susulan kejadian banjir yang melanda Johor, beberapa hari lalu. Pengerusi Jawatankuasa Kerja Raya, Pengangkutan, Infrastruktur dan Komunikasi Johor, Mohamad Fazli Mohamad Salleh berkata, kesemua kerosakan itu akan dibaiki dalam tempoh dua hari. Menurut beliau, lima daerah tersebut adalah Johor Bahru, Kulai, Pontian, Kota Tinggi dan Kluang. “Kerja-kerja baik pulih telah mula dilaksana…










