Bangladesh tiada rancangan haramkan parti Sheikh Hasina

Bangladesh tiada rancangan haramkan parti Sheikh Hasina

PENUNJUK perasaan mengambil bahagian dalam protes bagi menuntut keadilan terhadap mangsa yang ditangkap dan dibunuh dalam keganasan di Dhaka, pada 2 Ogos tahun lepas.- AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

DHAKA: Kerajaan sementara Bangladesh tidak mempunyai rancangan untuk mengharamkan Liga Awami, parti politik milik bekas Perdana Menteri, Sheikh Hasina.

Parti itu dituduh melakukan pelbagai pelanggaran hak asasi manusia sepanjang 15 tahun pemerintahannya, termasuk tindakan keras terhadap gerakan protes tahun lalu yang mengorbankan lebih 800 nyawa.

Sebelum ini, pemimpin pelajar yang terkesan dengan kehilangan rakan seperjuangan mereka menuntut supaya Liga Awami diharamkan.

Namun, pemimpin de facto kerajaan sementara, Muhammad Yunus menegaskan tidak berhasrat untuk melaksanakan pengharaman itu.

“Muhammad Yunus berkata kerajaan sementara tidak mempunyai rancangan untuk mengharamkan parti itu.

“Namun, individu dalam kepemimpinannya yang dituduh melakukan jenayah, termasuk pembunuhan dan jenayah terhadap kemanusiaan, akan dibicarakan di mahkamah Bangladesh,” menurut kenyataan kerajaan, semalam.

Sebuah tribunal di Dhaka mengeluarkan waran tangkap terhadap Hasina, yang kini berlindung di negara jiran India.

Misi pencarian fakta dari pejabat hak asasi manusia PBB bulan lalu mendedahkan kerajaan Hasina bertanggungjawab atas serangan dan pembunuhan sistematik terhadap penunjuk perasaan dalam usaha mengekalkan kuasa pada 2024.

Sejak kejatuhannya, kumpulan mahasiswa terus menuntut agar parti itu diharamkan sebelum pilihan raya bagi membentuk kerajaan baharu yang dijangka berlangsung menjelang Jun tahun depan.

Kerajaan sementara mengharamkan sayap pelajar Liga Awami pada Oktober lalu, dengan alasan penglibatannya dalam serangan ganas terhadap protes tahun lalu, tetapi masih belum memutuskan nasib parti induknya.- AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN