LANGKAWI: Ramadan yang tiba membuka lembaran baharu kepada Masjid Al-Qadim, di sini apabila menerima sumbangan lebih RM200,000 daripada sebuah keluarga dari United Kingdom sejak tahun lalu. Pemberian itu selepas keluarga tersebut kehilangan anak sulung mereka, Ammaara Ebrahim Kola yang terlibat dalam kemalangan maut semasa sedang berbulan madu dengan suaminya di Langkawi. Keluarga itu tidak membawa pulang jenazah Ammaara sebaliknya membuat keputusan untuk menyemadikan jasad arwah di tanah perkuburan masjid tersebut…










