BRAZZAVILLE: Lebih 500 pesakit Mpox melarikan diri dari klinik di timur Republik Demokratik Congo sepanjang bulan lalu, di tengah-tengah konflik yang sedang berlaku. Pegawai Pusat Kawalan dan Pencegahan Penyakit (CDC) Afrika bimbang pesakit tersebut berisiko menyebarkan wabak itu, yang disyaki disyaki menyebabkan kematian kira-kira 900 orang di Congo tahun lalu. Sejumlah besar pesakit Mpox melarikan diri dari klinik di Goma dan Bukavu, dua bandar yang mengalami kekacauan setelah dikuasai pemberontak…









