KUALA TERENGGANU: Seorang peniaga meneruskan rutin tahunannya berkongsi rezeki dengan mengagihkan 1,000 kampit beras secara percuma kepada golongan berpendapatan rendah. Pemilik Gemilang Speed Mart, Siti Fatimah Mohamed Farook berkata, beras seberat lima kilogram itu diharap dapat membantu meringankan beban golongan tersebut sepanjang Ramadan ini. “Alhamdulillah, hasil perniagaan selama ini saya kumpulkan bersama infaq dari enam adik beradik untuk mengagihkan 1,000 kampit beras. “Rasa puas apabila dapat melihat senyuman pengunjung yang…









