Tingkat pemantauan jual rokok, vape terbuka

Tingkat pemantauan jual rokok, vape terbuka

PEKERJA sebuah kedai runcit di Kampung Paya, Kluang, Johor menunjukkan rak jualan rokok secara bertutup.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KLUANG: Penguat kuasa Kementerian Kesihatan perlu me­ningkatkan pemantauan dan penguatkuasaan terhadap larangan penjualan rokok dan vape di rak secara terbuka.

Hasil tinjauan Utusan Malaysia di beberapa kedai di daerah ini mendapati, masih terdapat segelintir peniaga yang belum mengubah suai rak penjualan rokok di premis mereka.

Peniaga kedai runcit di Kampung Paya, Rosli Ali, 50, berkata, selain mematuhi sistem rak bertutup, mereka juga bertanggungjawab memastikan penjualan produk tembakau hanya kepada pembeli berumur 21 tahun ke atas.

“Walaupun memerlukan se­dikit belanja untuk ubah suai, namun peraturan ditetapkan oleh Kementerian Kesihatan perlu dipatuhi dan hanya ro­kok bercukai dijual di sini.

“Keadaan ini dilihat lebih mesra kepada pelanggan yang bukan perokok dan dalam masa sama difahami oleh mereka yang menghisap rokok,” kata­nya kepada Utusan Malaysia.

Dalam pada itu, seorang la­gi peniaga di Batu 4, Kluang, Razali Mohammed, 45, mengakui belum berkesempatan untuk mengubah suai rak jualannya, namun bertekad melakukannya dalam masa ter­dekat.

“Pada masa ini, rokok disimpan dalam laci khas dan hanya akan dikeluarkan jika ada permintaan daripada pelanggan,” katanya.- UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN