Tahanan dipukul teruk sebelum dibebaskan dari penjara Israel

Tahanan dipukul teruk sebelum dibebaskan dari penjara Israel

Penubuhan sebuah negara Palestin yang merdeka dan berdaulat merupakan penyelesaian adil dan berkekalan bagi mencapai keamanan serta kestabilan di Timur Tengah.-GAMBAR HIASAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

RAMALLAH: Persatuan Tahanan Palestin mendedahkan bahawa puluhan rakyat yang dibebaskan dari penjara Israel menunjukkan tanda-tanda penyeksaan dan kebuluran.

Setakat Sabtu lalu, empat kumpulan tahanan Palestin dibebaskan dari penjara Israel di bawah perjanjian gencatan senjata yang berkuat kuasa pada 19 Januari lalu.

Menurut organisasi itu, beberapa bekas tahanan kelihatan lemah dan letih sebaik dibebaskan, dengan keadaan pakaian seragam penjara berwarna kelabu yang kotor.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Setiap kali tahanan dibebaskan, kami mendapati tubuh mereka mencerminkan tahap jenayah yang dilakukan, termasuk penyeksaan, kebuluran, penafian hak rawatan perubatan dan jangkitan kudis.

“Selain itu, mereka juga dipukul dengan teruk sebelum dibebaskan, yang berterusan selama beberapa hari menurut banyak testimoni, dan dalam beberapa kes sehingga patah tulang rusuk,” kata organisasi itu dalam satu kenyataan.

Persatuan itu menegaskan, penjajah Israel mengamalkan keganasan yang terancang terhadap tahanan yang dibebaskan serta keluarga mereka melalui pelbagai kaedah yang dikenalpasti.

Antara yang paling ketara adalah tahanan dipukul secara teruk sebelum dibebaskan, termasuk ugutan bunuh kepada keluarga sekiranya mengadakan sebarang majlis sambutan atau meraikan kepulangan mereka.

Hamas berkata, penderaan dan penyeksaan yang dialami tahanan Palestin mengesahkan betapa teruknya layanan yang diterima mereka di dalam penjara Israel.

Sayap bersenjata Hamas, Brigel al-Qassam dalam kenyataan berkata, pasukannya tetap memberikan penjagaan kesihatan sewajarnya kepada tebusan Israel, walaupun dalam keadaan sukar di Gaza.

“Keadaan fizikal dan mental yang baik dalam kalangan tebusan musuh membuktikan nilai perjuangan serta komitmen moral kami terhadap tahanan, sementara penjajah yang zalim melakukan pelanggaran keji terhadap tahanan kami di penjara,” katanya.

Di bawah perjanjian gencatan senjata, 33 tebusan Israel di Gaza akan dibebaskan dalam tempoh enam minggu pertama sebagai pertukaran dengan ratusan tahanan Palestin, yang sebahagian besarnya menjalani hukuman penjara seumur hidup.- AL JAZEERA

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN