PETALING JAYA: Kerajaan digesa mengambil tindakan tegas dengan menyenarai hitamkan pengilang yang mensabotaj bekalan beras putih tempatan (BPT) dengan mencampurkan ke dalam kampit beras import bagi mengaut keuntungan berlipat ganda. Pengilang yang tidak bertanggungjawab itu juga perlu dikenakan hukuman denda setimpal dengan jumlah kerugian ketirisan subsidi beras putih tempatan. Timbalan Setiausaha Agung Gabungan Persatuan-Persatuan Pengguna Malaysia (Fomca), Nur Asyikin Aminuddin berkata, tindakan tegas sedemikian perlu diambil supaya menjadi pengajaran kepada…










