PUTRAJAYA: Datuk Seri Anwar Ibrahim mahu projek tebatan banjir diberi kelonggaran oleh Perbendaharaan supaya pelaksanaannya dapat dipercepatkan melalui peruntukan segera bersama Kementerian Ekonomi. Perdana Menteri berkata, proses saringan awal projek juga perlu lebih cepat dan pemberian projek lebih baik menggunakan kaedah tender kerana kaedah secara rundingan dipercayai banyak berlaku keterlanjuran dan ketirisan. “Jadi sebaiknya kita gunakan tender tetapi tender itu kalau dalam (prosedur) biasa, Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Fadillah…










