Program CRESS diperkenal, elak kenaikan tarif elektrik pengguna umum - Utusan Malaysia

Program CRESS diperkenal, elak kenaikan tarif elektrik pengguna umum

AKMAL Nasrullah
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Program Skim Bekalan Tenaga Boleh Diperbaharui Korporat (CRESS) diperkenalkan bagi membolehkan syarikat korporat termasuk pusat data mendapat akses kepada bekalan elektrik hijau daripada penjana tenaga boleh baharu (TBB).

Timbalan Menteri Peralihan Tenaga dan Transformasi Air (PETRA), Akmal Nasrullah berkata, program itu memberikan pusat data pilihan untuk pihak korporat mendapatkan bekalan elektrik hijau secara terus daripada penjana TBB menerusi penggunaan perkhidmatan rangkaian grid utiliti.

Selain itu, katanya, langkah tersebut penting bagi mengurangkan implikasi kenaikan tarif kepada pengguna elektrik umum.

“Aturan ini akan membolehkan syarikat korporat seperti pusat data mendapat bekalan elektrik hijau yang diperlukan dengan membayar caj akses sistem yang akan digunakan untuk menampung sebahagian kos pengukuhan sistem pembekalan elektrik dan rangkaian grid.

“Langkah ini penting bagi mengurangkan implikasi kenaikan tarif kepada pengguna elektrik umum kerana kos yang diperlukan untuk pengukuhan sistem rangkaian grid bagi menampung kemasukkan pusat data adalah sangat tinggi.

“Pada masa sama ia adil dan saksama sekiranya pihak pusat data dapat turut menyumbang dalam mempercepatkan usaha peralihan tenaga ini,” katanya di Dewan Rakyat, hari ini.

Beliau berkata demikian bagi menjawab soalan Datuk Ali Biju (PN-Saratok) untuk menyatakan langkah memenuhi keperluan TBB dalam pembangunan pusat data.

Ali turut mempersoal sama ada bekalan TBB ke pusat data akan mengganggu bekalan tenaga keseluruhan sekaligus menyebabkan kenaikan tarif elektrik di masa akan datang.

Mengulas lanjut, Akmal berkata, terdapat 18 pusat data yang telah beroperasi di negara ini sehingga Disember tahun lalu dengan jumlah permintaan bekalan elektrik sekurang-kurangnya 800MW.

Jelasnya, jumlah itu dijangka meningkat kepada 81 pusat data menjelang tahun 2035.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya