KOTA BHARU: Kira-kira 160 peniaga kesal dan kecewa dengan tindakan Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) Kelantan yang membuat keputusan pada saat akhir untuk tidak menganjurkan Pasar Tani Ramadan di pekarangan Stadium Muhammad IV di sini, tahun ini. Sebilangan besar peniaga mendakwa sudah mengeluarkan modal antara RM1,000 hingga RM6,000 bergantung kepada jenis perniagaan untuk membeli bahan mentah sejak sebulan lalu. Seorang peniaga kuih-muih, Norizan Che Ngah, 57, berkata, dia kecewa selepas dimaklumkan mengenai perkara tersebut minggu lepas. Katanya, FAMA sepatutnya memaklumkan pembatalan penganjuran pasar tani sebulan lebih awal bagi mengelak kekeliruan…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya