DAMSYIK: Sekurang-kurangnya 14 wanita dan seorang lelaki terbunuh terbunuh, manakala 15 yang lain cedera dalam letupan bom kereta di jalan utama di pinggir bandar Manbij, utara Syria, hari ini.
Pertahanan awam Syria dalam satu kenyataan berkata, kesemua mangsa adalah pekerja pertanian.
Setakat ini, tiada pihak yang segera mengaku bertanggungjawab terhadap serangan itu, tetapi pasukan keselamatan menjangkakan ia didalangi oleh organisasi pengganas PKK/YPG.
Ini merupakan letupan kedua dalam tempoh tiga hari di kawasan itu, selepas empat orang awam terbunuh dan sembilan yang lain termasuk kanak-kanak cedera dalam serangan bom kereta di pusat bandar Manbij, Sabtu lalu.
Tentera Kebangsaan Syria (SNA) membebaskan Manbij daripada pengganas Disember 2024, sebagai sebahagian daripada Operasi Subuh Kebebasan.
Dalam kempen keganasannya selama 40 tahun terhadap Turkiye, PKK bertanggungjawab ke atas kematian lebih 40,000 orang, termasuk wanita, kanak-kanak, bayi dan warga emas.
YPG pula adalah cabang kumpulan itu di Syria.
Sejak kejatuhan rejim Bashar al-Assad di Syria, kumpulan pengganas tersebut cuba mengeksploitasi ketidakstabilan serantau untuk mewujudkan ‘koridor keganasan’ di sepanjang sempadan dengan Turkiye.- AGENSI









