PEKAN: Hakisan pantai yang berpunca daripada pelbagai faktor sama ada secara alami mahupun akibat aktiviti ekonomi perlu dikawal dan dirancang secara keseluruhannya demi kelestarian kawasan pantai dalam jangka masa panjang. Pensyarah Kanan Fakulti Teknologi Kejuruteraan Awam, Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah (UMPSA), Dr. Noram Irwan Ramli berkata, secara alami, gabungan angin, ombak, dan geografi pantai memainkan peranan utama yang mana angin kencang serta gelombang besar memindahkan sedimen dan menyebabkan hakisan…










