KUALA LUMPUR: Seorang wanita mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret Bangi hari ini terhadap pertuduhan menipu isteri pelawak, Along Cham iaitu Afreena Suhaimi melibatkan wang berjumlah RM105,380, Disember tahun lalu. Mengikut pertuduhan, Nursyafiqah Hermansah, 28, yang bekerja sebagai peniaga didakwa telah memperdayakan Afreena bahawa tertuduh boleh menjamin keluar suaminya, Along Cham dan menurunkan seksyen pertuduhan yang dihadapi oleh pelawak tersebut. Pada ketika itu, Along Cham atau nama sebenarnya, Muhammad Nizamudin…