SAN FRANCISCO: Seorang hakim persekutuan California mengeluarkan perintah sementara yang menghalang pentadbiran Presiden Donald Trump daripada mengarahkan Jabatan Pertahanan Amerika Syarikat (AS) dan agensi persekutuan lain melaksanakan pemecatan besar-besaran terhadap ribuan pekerja percubaan. Dalam keputusan semalam, Hakim Daerah AS di San Fransisco, William Alsup mendapati pemecatan besar-besaran pekerja dalam tempoh percubaan berkemungkinan melanggar undang-undang. Beliau menegaskan, Pejabat Pengurusan Kakitangan (OPM) tidak mempunyai kuasa untuk mengarahkan agensi persekutuan memecat mana-mana pekerja,…










