JOHOR BAHRU: Festival Layang-Layang Sedunia Pasir Gudang (FLLSPG) Ke-27 bermula semalam, merupakan acara tahunan yang dinanti-nantikan rakyat negeri ini, khususnya yang menetap di sekitar Pasir Gudang. Seorang peniaga, Mohd. Zaki Supaid, 42, berkata, FLLSPG yang diadakan di Bukit Layang-Layang merupakan acara tahunan terbesar di Pasir Gudang dan penganjurannya menjadi acara wajib dikunjunginya bersama keluarga, apatah lagi penganjuran pada musim cuti sekolah. “Pasir Gudang merupakan bandar perindustrian dan tidak banyak acara…










