KUALA LUMPUR: PKR masih belum membuat sebarang keputusan berhubung tiada pertandingan membabitkan jawatan Presiden dan Timbalan Presiden parti. Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK) PKR, Adam Adli Abdul Halim berkata, segala pandangan berhubung tiada pertandingan kedua-dua jawatan itu merupakan pandangan setiap pemimpin dan ahli masing-masing. “Untuk cadangan Datuk Seri Shamsul itu, setakat ini tiada keputusan rasmi dari parti, kita pun belum buat keputusan, ini bermakna yang diutarakan pemimpin-pemimpin itu adalah pandangan…










