KUALA TERENGGANU: Murah, efisien dan sangat selesa. Itu gambaran penumpang terhadap perkhidmatan bas henti-henti di bawah Program Transformasi Bas Berhenti-Henti (SBST) atau Bas.My di Terengganu yang bermula akhir bulan lalu. Orang ramai mengakui kewujudan bas itu banyak membantu mereka menjimatkan perbelanjaan untuk ke pusat bandar ini dan melancarkan pelbagai urusan penting. Seorang ibu tunggal, Noorashikin Sulong, 48 berkata, sebelum ini dia membelanjakan hampir RM40 setiap kali mahu pergi ke bandar…