Anwar nafi halang pemimpin asing jumpa Dr. Mahathir

Anwar nafi halang pemimpin asing jumpa Dr. Mahathir

ANWAR Ibrahim mempengerusikan Mesyuarat Jemaah Menteri di Putrajaya, semalam. - FB ANWAR IBRAHIM
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Datuk Seri An­­­war Ibrahim menyangkal dak­­­waan Tun Dr. Mahathir Mo­­­ha­mad bahawa kerajaan meng­­halang beberapa pemimpin asing berjumpa dengannya.

Perdana Menteri berkata, tia­da mana-mana pemimpin luar negara yang ingin bertemu dengan bekas Perdana Menteri keempat dan ketujuh itu.

“Jangan dilayan sangat, se­bab pertamanya, pemimpin lu­ar mana hendak jumpa dia? Ka­lau hendak jumpa pun apa masalahnya? Kalau kawan dia dulu, hendak kenal, hendak jumpa, tidak ada.

“Yang baru-baru ini pemimpin Thailand, Jepun, Indonesia, Turkiye, tidak ada yang minta hendak jumpa. Kalau minta, tak akan saya hendak kata jangan. Jumpalah, apa salahnya?” katanya dalam sidang akhbar selepas mengakhiri lawatan rasmi ke Bahrain atas jemputan Putera Mahkota dan Perdana Menteri Bahrain, Salman Hamad Al Khalifa.

Baru-baru ini, Dr. Mahathir mendakwa Anwar menghalang beberapa pemimpin negara asing daripada bertemu dengannya.

“Ada pemimpin negara asing dari dua tiga buah negara minta hendak jumpa saya, oh (Anwar kata) tidak boleh jumpa.

“Pemimpin itu kawan saya, kenal dengan saya. Mereka datang ke Malaysia hendak jumpalah dengan saya, (namun Anwar cakap) oh tidak boleh. Jadi beliau yang potong semua hubungan,” dakwanya ketika ditemu bual dalam sebuah audio siar (podcast).

Anwar berkata, dakwaan dibuat Dr Mahathir itu tidak seharusnya dilayan.

“Hari-hari dia buat dakwaan, saya (Dr. Mahathir) mana ada duit, (tetapi) anak dia RM1 bilion lebih, itu bukan pertuduhan, itu pengakuan,” katanya.

Perdana Menteri merujuk kepada kenyataan Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Tan Sri Azam Baki yang sebelum ini dilaporkan berkata, dua anak Dr. Mahathir memiliki harta bernilai lebih RM1.2 bilion.

Sementara itu, Anwar berkata, Malaysia akan terus bersuara memperjuangkan isu rakyat Palestin yang sedang berdepan kezaliman Israel.

“Kita punyai pendirian dan ini sudah kita suarakan dengan tegas di merata tempat. Kita bukan memilih untuk memusuhi sesiapa tetapi mana sahaja bentuk kezaliman dan kekejaman, (mereka yang dizalimi) harus kita bela dan perjuangkan,” katanya.

Sebaik pulang ke tanah air, Anwar mempengerusikan mesyuarat Jemaah Menteri dan beliau berkongsikan hasil lawatannya ke Bahrain dan Brunei yang memberi impak positif kepada pembangunan negara dalam mesyuarat itu.

“Usai tiba dari Bahrain sekitar jam 5 pagi tadi, saya langsung mempengerusikan Mesyuarat Jemaah Menteri awal pagi tadi.

“Saya turut kongsikan hasil lawatan ke Bahrain dan juga Brunei yang tentunya membawa impak kepada pengukuhan dan peningkatan kerjasama dan sinergi baharu, Insya-Allah,” katanya dalam Facebook beliau.

Anwar mengadakan lawatan kerja ke Brunei dan Bahrain sejak 18 Februari lalu.

Lawatan dimulakan dengan tiba di Bandar Seri Begawan dan menghadap Sultan Brunei, Sultan Hassanal Bolkiah yang ke arah kepada Kepengerusian ASEAN 2025.

Turut menyertai sesi ini adalah bekas Perdana Menteri Thailand merangkap Ketua Kumpulan Penasihat Tidak Rasmi Kepada Pengerusi ASEAN 2025, Thaksin Shinawatra.

Antara disentuh adalah terkait situasi di Myanmar dan segala ikhtiar untuk digerakkan bagi meneruskan proses penglibatan dengan semua pihak berkepentingan.

Selepas Brunei, Anwar ke Bahrain atas jemputan Putera Mahkota dan Perdana Menteri Bahrain, Putera Salman Hamad Al Khalifa.

Dalam pertemuan itu, kedua-dua pemimpin menilai tahap kemajuan hubungan dua hala antara Malaysia dan Bahrain selain berpeluang meneroka bentuk kerjasama baharu.

Kerjasama ini meliputi beberapa bidang tumpuan antaranya pelaburan dan perdagangan, kewangan dan perbankan Islam, semikonduktor serta kesalinghubungan meliputi sektor pelancongan. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN