PETALING JAYA: Negara memerlukan kira-kira 700,000 pekerja asing melibatkan pelbagai sektor bagi menyokong keupayaan industri dan membangun sektor ekonomi. Presiden Persekutuan Majikan-Majikan Malaysia (MEF), Datuk Dr. Syed Hussain Syed Husman berkata, anggaran itu membabitkan sektor pembuatan, perhotelan dan restoran. “Sektor pembuatan memerlukan tambahan kira-kira 600,000 pekerja asing untuk memastikan operasi berjalan lancar dan memenuhi permintaan pasaran. “Kekurangan ini menjejaskan pengeluaran dan keupayaan industri untuk memenuhi pesanan pelanggan. “Selain itu, sektor…










