SHAH ALAM: Industri teksi konvensional di negeri ini terus berdepan sambutan ‘suam-suam kuku’ daripada pengguna yang kebanyakannya beralih kepada perkhidmatan e-hailing sejak 10 tahun lalu. Bagaimanapun, sektor tersebut masih dipertahankan pemandu yang rata-ratanya warga emas walaupun terpaksa berdepan tekanan pendapatan yang merosot dan saingan dengan perkhidmatan e-hailing. Menurut pemandu teksi, Adnan Abdul Rahman, 72, dia meneruskan kerja itu walaupun pendapatan berkurangan lebih 50 peratus kerana yakin masih ada permintaan meskipun…