SEPANG: Datuk Seri Anwar Ibrahim mahu semua kementerian supaya tidak meminggirkan mana-mana negeri terutama dalam aspek pelancongan, pelaburan dan ekonomi sepanjang Kempen Tahun Melawat Malaysia 2026 (TMM2026). Perdana Menteri berkata, jika ia dapat dilaksanakan, unjuran pendapatan sebanyak RM147.1 bilion yang bakal dijana termasuk sasaran kehadiran sebanyak 35.6 juta pelancong menerusi TMM2026 mampu dicapai. Beliau berkata, TMM2025 adalah satu pendekatan baharu dalam menjadikan Malaysia sebagai destinasi pelancongan utama, sekali gus mencatat…