BANGKOK: Kabinet Thailand meluluskan draf undang-undang yang akan membenarkan perjudian dan kasino, dalam usaha untuk meningkatkan sektor pelancongan, peluang pekerjaan serta pelaburan negara. Di bawah rancangan kerajaan, undang-undang yang akan dihantar ke Parlimen untuk dibahaskan, dijangka membenarkan aktiviti perjudian dijalankan di kompleks hiburan berskala besar. Kasino dan kebanyakan bentuk perjudian adalah haram di Thailand, tetapi pertaruhan bola sepak dan aktiviti judi bawah tanah serta loteri berleluasa, dengan melibatkan sejumlah besar…










