Seu Teck Sean Tong Charitable Organisation Muar (STSTCO) menganjurkan Majlis Penyampaian Sumbangan kepada kanak-kanak dan golongan istimewa sempena sambutan Tahun Baharu Cina, baru-baru ini.
Lebih 500 orang pelbagai kaum hadir bagi menjayakan majlis tersebut. Sebanyak RM7,000 sumbangan diagihkan kepada 14 komuniti termasuk Kelab Kiwanis Muar, Pusat Pemulihan Dalam Komuniti (PDK) Parit Amal, PDK Permata Kasturi, PDK Maharani, PDK Parit Keroma, PDK Serom, PDK Dun Sg Abong, PDK Tangkak dan PPKI Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJK C) Chi Ming 1.
Pengerusi STSTCO, Eng Eng Huat berkata, STSTCO komited membantu masyarakat tanpa mengira kaum dan agama berpegang kepada prinsip “Memupuk Kebaikan, Menyebarkan Kasih Sayang”.
Katanya, masyarakat perlu bersama-sama menyumbang sama ada melalui derma, menjadi sukarelawan atau menyebarkan mesej kasih sayang.
Majlis turut dihadiri Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Simpang Jeram, Nazri Abdul Rahman; ADUN Bentayan, Ng Yak Howe; Ketua Polis Daerah Muar, ACP Raiz Mukhliz Azman Aziz; Pengerusi PSTST, Sim Kwang Tiang dan Pengarah Hospital Pakar Sultanah Fatimah Muar, Dr. Fairoz Azlim Muslim. – UTUSAN









