Slovakia ancam potong bantuan kewangan pelarian Ukraine

Slovakia ancam potong bantuan kewangan pelarian Ukraine

PULUHAN keluarga Ukraine menyeberang ke Slovakia selepas Russia melancarkan serangan pada Februari 2022.- AGENSI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BRATISLAVA: Perdana Menteri Slovakia, Robert Fico mengancam untuk memotong sokongan kewangan kepada lebih 130,000 pelarian Ukraine berikutan pertikaian dengan Kyiv mengenai bekalan gas Russia yang semakin memuncak.

1 Januari lalu, Kyiv menutup saluran paip yang selama beberapa dekad digunakan untuk membekal gas asli Russia ke Eropah Tengah.

Slovakia menjadi pintu masuk utama dan kini berisiko kerugian berjuta-juta euro untuk kos yuran transit.

Memuatkan artikel berkaitan…

Agensi Pelarian Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNHCR) menganggarkan terdapat 130,530 pelarian Ukraine di Slovakia daripada 6,813,900 di seluruh dunia.

Fico, yang membuat lawatan mengejut ke Moscow untuk berbincang dengan Presiden Russia, Vladimir Putin pada Disember lalu, menyifatkan langkah Kyiv sebagai tindakan ‘sabotaj’.

Perdana menteri itu berkata, beliau akan mencadangkan penghentian eksport elektrik ke Ukraine dan mengurangkan sokongan kewangan untuk rakyat negara tersebut yang berlindung di Slovakia.

Menurutnya, tiada risiko Slovakia akan mengalami kekurangan gas kerana negaranya sudah mengambil langkah alternatif.

Namun, Fico menjelaskan, keputusan Presiden Ukraine, Volodymyr Zelensky untuk memutuskan bekalan gas akan menyebabkan Slovakia kehilangan 500 juta euro (RM2.3 bilion) dalam yuran transit daripada negara lain.

Beliau menegaskan, pihaknya bersedia untuk berbincang mengenai penghentian bekalan elektrik dan penurunan sokongan kewangan kepada warga Ukraine di Slovakia.

“Satu-satunya alternatif untuk Slovakia ialah pembaharuan transit atau menuntut mekanisme pampasan yang akan menggantikan kerugian dalam kewangan awam,” katanya.

Bulan lalu, Zelensky menuduh Fico membantu Putin membiayai peperangan untuk melemahkan keupayaan Ukraine.- BBC

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN