PONTIAN: River Boh Jumper mula mengukir nama di peringkat antarbangsa walaupun ahlinya terdiri daripada pelajar dari sekolah kurang murid (SKM) di kawasan pedalaman. Ditubuhkan pada 2019, River Boh Jumper berjaya mengharumkan nama daerah Pontian dan negeri Johor di peringkat antarabangsa menerusi pertandingan lompat tali apabila meraih beberapa kejayaan. Guru Besar Sekolah Kebangsaan (SK) Sungai Boh, Khairul Amar Abdullah, River Boh Jumper diwujudkan bagi melahirkan peserta lompat tali untuk mengangkat identiti…










