Presiden Korea Selatan akur serah diri kepada penyiasat

Presiden Korea Selatan akur serah diri kepada penyiasat

YOON Suk Yeol tiba di bangunan kompleks menempatkan Pejabat CIO di Gwacheon, Korea Selatan.-AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SEOUL: Yoon Suk Yeol menjadi Presiden Korea Selatan pertama yang ditahan semasa memegang jawatan, sekali gus menamatkan ketegangan berlarutan selama lebih sebulan antara penyokongnya dan pihak berkuasa.

Suk Yeol dibawa meninggalkan perkarangan kediamannya dengan diiring penyiasat sebelum tiba di pejabat agensi antirasuah yang mengendalikan siasatan tersebut.

“Ibu Pejabat Siasatan Rasuah bagi Pegawai Berpangkat Tinggi (CIO) melaksanakan waran tangkap untuk Presiden, Yoon Suk Yeol pada pukul 10:33 pagi (waktu tempatan) ” kata pihak berkuasa dalam satu kenyataan.

Dalam mesej video prarakaman yang dikeluarkan selepas penahanannya, Suk Yeol berkata, beliau membuat keputusan menyerah diri untuk disoal siasat atas usaha undang-undang tenteranya yang gagal bagi mengelakkan peningkatan konfrontasi dan pertumpahan darah.

Namun, beliau tidak menerima kesahihan penyiasatan itu dan mendakwa usaha tersebut sebagai tindakan tidak sah yang bertentangan undang-undang.

“Undang-undang semuanya dilanggar di negara ini. Saya menyaksikan bagaimana pihak berkuasa menceroboh perimeter keselamatan rumah saya dengan peralatan bomba.

“Sebagai seorang Presiden yang mesti melindungi Perlembagaan dan sistem perundangan Korea Selatan, bertindak balas terhadap prosedur yang menyalahi undang-undang dan tidak sah ini bukanlah satu pengakuan.

“Tetapi saya memutuskan untuk hadir di hadapan CIO walaupun ia adalah penyiasatan yang menyalahi undang-undang demi untuk mengelakkan sebarang pertumpahan darah yang tidak menyenangkan,” katanya.

Menurut laporan, penyiasat dan polis Korea Selatan terpaksa menggunakan tangga untuk memanjat ke dalam kawasan kediaman Suk Yeol selepas dihalang oleh Perkhidmatan Keselamatan Presiden, yang menghalang pintu masuk menggunakan kenderaan.

Wartawan ditempat kejadian melaporkan kira-kira 1,000 pegawai polis terbabit dalam operasi penangkapan di kediaman presiden itu.

Operasi itu adalah percubaan kedua untuk menangkap Suk Yeol selepas percubaan pertama pada 3 Januari lalu tidak berjaya, kerana ‘kubu kuat’ Perkhidmatan Keselamatan Presiden (PSS) yang berkawal di dalam kompleks kediamannya gagal ditembusi pasukan penyiasat.

Sejak itu, Suk Yeol menyembunyikan diri di dalam vila lereng bukit di Seoul selama beberapa minggu dalam usaha untuk mengelak daripada ditahan.

Beliau juga gagal hadir perbicaraan pemecatannya pada pagi semalam, menyebabkan pendengaran ditangguhkan beberapa minit selepas ia bermula.

Yoon dikehendaki dalam pelbagai siasatan berkaitan pengisytiharan dekri tentera jangka pendeknya, termasuk tuduhan mengetuai pemberontakan, jenayah yang boleh dihukum penjara seumur hidup atau kemungkinan hukuman mati.

Menurut CIO, mahkamah meluluskan waran untuk menahan Suk Yeol awal bulan ini selepas beliau enggan menjawab tiga arahan oleh penyiasat yang meminta kerjasama untuk tampil dalam sesi soal siasat.- AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×