Polis sahkan terima laporan Hannah Yeoh - Utusan Malaysia

Polis sahkan terima laporan Hannah Yeoh

DATUK RUSDI MOHD. ISA
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Polis mengesahkan menerima satu laporan polis dibuat oleh Menteri Belia dan Sukan, Hannah Yeoh berhubung pelbagai hantaran di media sosial yang didakwa berbaur hasutan berkaitan dirinya.

Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Rusdi Mohd Isa berkata, Hannah tampil membuat laporan itu di ibu negara pada 31 Disember lalu.

“Hannah Yeoh ada buat laporan polis pada 31 Disember lalu,” kata­nya dalam kenyataan semalam.

Baru-baru ini, Hannah dalam satu hantaran di media sosial memaklumkan beliau sudah tampil membuat laporan polis berhubung isu itu.

“Sehingga hari ni, terlalu banyak hantaran di media sosial yang berbaur hasutan sedangkan kes ini masih dalam proses untuk membuktikan keadilan buat diri saya.

“Oleh sebab itu saya membuat laporan polis semua dakwaan yang tular tersebut,” katanya.

Bersama hantaran itu, turut dimuat naik seke­ping foto memaparkan Hannah memegang salinan laporan polis bersama lima individu lain terma­suk seorang peguam di lobi Ibu Pejabat Polis Da­erah (IPD) Sentul, di sini.

Hannah yang juga Ahli Parlimen Segambut, sebelum ini memaklumkan akan membuat laporan polis berhubung penyebaran video dan mesej yang memberi gambaran kononnya beliau berhasrat memurtadkan orang Muslim atau menjadikan Malaysia sebagai negara Kristian.

Beliau dilaporkan ber­kata, penyebaran video dan mesej berniat jahat itu dikhuatiri boleh menjejaskan rayuannya berhubung kes saman fitnah terhadap bekas Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan.

Pada 23 Disember lalu, Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur menolak saman fitnah Hannah terhadap Musa berhubung dakwaan kenyataan fitnah pada satu forum di sebuah univerisiti empat tahun lalu.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN