BANGKOK: Perdana Menteri Thailand, Paetongtarn Shinawatra mengisytiharkan aset berjumlah 324 juta pound (RM1.8 bilion), termasuk koleksi 217 beg tangan berjenama dan 75 jam tangan mewah kepada badan kerajaan. Paetongtarn, anak perempuan kepada bekas Perdana Menteri Thaksin Shinawatra, mengambil alih jawatan pada September dan menjadi ahli keluarga keempat yang memimpin Thailand. Butiran mengenai kekayaannya didedahkan dalam pengisytiharan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Kebangsaan (NACC), yang wajib bagi mereka yang memegang jawatan awam…










