VILNIUS: Penerbangan Ryanair terpaksa membatalkan pendaratan selepas menghadapi masalah dengan sistem GPS ketika menghampiri sempadan Russia, kelmarin. Pesawat Boeing 737 MAX 8-200 yang berlepas dari Lapangan Terbang Luton, London, dijadualkan mendarat di Lapangan Terbang Vilnius, Lithuania. Bagaimanapun, ketika percubaan mendarat, juruterbang terpaksa membuat keputusan mengejut untuk mengubah haluan ke Warsaw, Poland. Menurut pegawai navigasi udara, pesawat tersebut mengalami gangguan isyarat GPS sehingga menyebabkan perlu mengubah laluan dengan segera. Pesawat yang…










