KSN panggil mesyuarat khas cari penyelesaian tuntas proses kerja CIQ BSI

KSN panggil mesyuarat khas cari penyelesaian tuntas proses kerja CIQ BSI

SHAMSUL Azri Abu Bakar meninjau Kompleks Kastam, Imigresen dan Kuarantin (CIQ), Bangunan Sultan Iskandar di Johor Bahru, Johor.-FACEBOOK SHAMSUL AZRI ABU BAKAR
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Shamsul Azri Abu Bakar meninjau sendiri proses keluar masuk sempadan di Kompleks Kastam, Imigresen dan Kuarantin (CIQ), Bangunan Sultan Iskandar di Johor Bahru di sini hari ini.

Katanya, perkara itu bukan untuk mencari salah, sebaliknya untuk melihat semula beberapa aspek yang perlu ditambah baik khususnya melibatkan urusan sempadan membabitkan hampir 350,000 pergerakan sehari.

Katanya, justeru itu beliau akan memanggil satu mesyuarat khas esok di Putrajaya bagi mencari penyelesaian tuntas khususnya membabitkan proses kerja CIQ Bangunan Sultan Iskandar.

“Bukan terjah, malah jauh sekali mencari salah. Menguruskan pergerakan sempadan bagi urusan keluar-masuk pengembara hampir 350,000 pergerakan sehari merupakan cabaran yang perlu ditangani secara gerak kerja bersepadu.

“Oleh sebab itu, pagi Ahad ini saya merasai sendiri suasana sebenar yang berlaku di sekitar CIQ, Bangunan Sultan Iskandar di Johor Bahru.

“Insya-Allah saya akan panggil satu mesyuarat khas segera esok di Putrajaya bagi mencari solusi terbaik dan ‘quick win’ isu kebajikan kakitangan dan proses kerja di CIQ ini,” katanya dalam Facebook beliau hari ini.

CIQ Bangunan Sultan Iskandar ialah pintu masuk utama antara Johor Bahru, Malaysia, dan Singapura. 

Lokasi itu yang terletak di Tambak Johor, kompleks ini menguruskan perjalanan darat melalui jambatan tambak tersebut, termasuk pemeriksaan imigresen, kastam, dan kuarantin bagi kenderaan persendirian, bas, teksi, dan pejalan kaki.

Kompleks itu sebelum ini pernah perhatian kerajaan negeri Johor apabila Menteri Besar, Datuk Onn Hafiz Ghazi mahu memastikan isu kesesakan di situ dapat diatasi segera.

Shamsul Azri berkata, beliau melihat terdapat beberapa perkara yang perlu diperbaiki dan tindakan segara.

“Ada perkara yang saya puji, ada perkara yang perlu diteliti, ada perkara yang perlu diperbaiki dan tindakan segera, terutama aspek kebajikan dan keselamatan yang mana tidak boleh dikompromi,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN