SHAH ALAM: Kesatuan Kakitangan Umum Universiti Teknologi Mara (KKUUiTM) menggesa UMNOSiswa menarik balik kenyataan yang dibuat dalam media sosial berhubung insiden melibatkan seorang mahasiswa dengan pemandu bas universiti itu. Malah kesatuan itu juga kesal dengan sikap mahasiswa apabila menggunakan platform media sosial dengan membuat tuduhan kepada kakitangan universiti bersikap zalim terhadap mereka. Presidennya, Zulkifli Mohamed berkata, beliau memandang serius tindakan tersebut yang menguar-uarkan isu dalaman UiTM dan secara tidak langsung…