JERANTUT: Keunikan cara hidup penduduk Melayu Pahang, makanan tempatan, keindahan Sungai Sepia, Sungai Tembeling serta alam sekitar menjadi tarikan pengunjung ke Jeram Perahu di Ulu Tembeling, di sini terutama sejak dua tahun lalu. Bagi pemancing, keterujaan mereka bertandang ke Jeram Perahu yang terletak berdekatan Kampung Gusai, ialah berikutan pelbagai spesies ikan termasuk kelah merah di kawasan berkenaan. Pengurus Pemasaran sebuah syarikat pelancongan di Kuala Tahan, Abdullah Chik berkata, sejak Monsun…