KADA ‘hilang’ 10,336 hektar kawasan tanaman padi

KADA ‘hilang’ 10,336 hektar kawasan tanaman padi

PENGGUNAAN dron adalah satu daripada usaha petani meningkatkan hasil pengeluaran padi di Kelantan. – UTUSAN/ROHANA ISMAIL
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA BHARU: Kawasan tanaman padi di Kelantan di bawah seliaan Lembaga Kemajuan Pertanian Kemubu (KADA) menyusut sebanyak 10,336 hektar selepas tanah tersebut ditukar status bagi tujuan pembangunan untuk penduduk negeri ini.

Berdasarkan rekod KADA, sebanyak 26,664 hektar kawasan masih aktif dengan tanaman itu berbanding 37,000 hektar ketika agensi ber­ke­naan mula ditubuhkan pada 1972.

Situasi itu menyebabkan KADA kehilangan hasil pengeluaran padi sebanyak 4.16 juta tan metrik bersamaan dengan 2.7 juta kampit beras seberat 10 kilogram.

Memuatkan artikel berkaitan…

Pengerusi KADA, Khalid Abd. Samad berkata, pihaknya menggunakan pelbagai teknologi pertanian moden dalam usaha menambah pengeluaran hasil sekali gus memastikan bekalan makanan negara terus mencukupi.

Katanya, ia merangkumi peningkatan dalam sistem pengairan yang cekap dan pengurusan bekalan secara berkesan dengan mengurangkan pembaziran air.

“Keadan ini akan membantu memastikan tanaman padi mendapat cukup air.

“Penggunaan dron untuk pemantauan ladang dan mesin penuaian yang lebih efisien turut digunakan sekali gus meningkatkan hasil tanpa memerlukan tambahan tanah sawah baharu,” katanya kepada Utusan Malaysia.

Khalid berkata, KADA turut menjalinkan kerjasama dengan agensi penyelidik seperti Universiti Pertanian Malaysia (UPM) dalam menggunakan benih berkualiti dan mempunyai daya tahan lebih tinggi terhadap kemarau, banjir, penyakit, serangga dan persekitaran.

Katanya, selain itu KADA berhasrat memperluas kawasan sawah padi di kawasan luar jelapang bagi memastikan keterjaminan makanan negara berada pada tahap terbaik.

“Pada masa sama, KADA melihat dan memantau kawasan-kawasan lain yang berpotensi untuk dibangunkan dengan tanaman padi,” ujarnya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini