Isytihar jumlah sumbangan parti politik jamin ketelusan

Isytihar jumlah sumbangan parti politik jamin ketelusan

MAZLAN ALI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Rang Undang-Undang (RUU) Pendanaan Politik perlu memasukkan terma ke­perluan mengisytiharkan jumlah sumbangan yang diterima oleh mana-mana parti politik bagi menjamin ketelusan.

Penganalisis politik Uni­versiti Teknologi Malaysia (UTM), Dr. Mazlan Ali berkata, langkah ini dilihat mampu member­sihkan sistem politik Ma­laysia daripada segala ketirisan, selaras dengan agenda pentadbiran Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang menentang rasuah.

Malah, katanya, ma­sya­rakat akan lebih ya­kin dengan pentadbiran kerajaan hari ini jika ia mampu dilaksanakan khu­susnya dalam Pilihan Raya Umum Ke-16 (PRU16).

“Tidak ada sebab untuk menyekat dana luar jika ia membantu dan membolehkan setiap parti poltik beroperasi dalam demokrasi yang sihat. Ini bermakna, dana organi­sasi boleh diterima tetapi melalui satu kaedah atau tatacara yang telus.

“Contohnya, badan yang hendak menyumbang pendanaan politik itu mesti isytiharkan sumba­ngan itu dan ia melalui proses kewangan lazim, misalnya pendanaan ma­suk melaui Bank Negara dan parti politik mesti membuat deklarasi menge­nai perkara itu,” kata­nya ketika dihubungi Utusan Malaysia semalam.

Kelmarin, akhbar ini melaporkan kerajaan per­­lu menguatkuasakan la­rangan kepada semua parti politik mendapatkan dana luar negara, sekali gus mengelak campur tangan pihak luar dalam sistem politik Malaysia.

Timbalan Presiden Pas, Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, perkara itu perlu menjadi antara kandungan draf Rang Undang-Undang (RUU) Akta Pendanaan Politik demi menjamin ketelusan kepada semua pihak.

Dalam pada itu, penganalisis politik Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Dr. Salawati Mat Basir berkata, pelaksanaan RUU ini juga memperlihatkan kerajaan kali ini berbeza kerana berani melaksanakan RUU pendanaan politik dengan tujuan untuk menjadi lebih bersih dan telus.

“Sememangnya ia adalah suatu perkara yang positif dan tiada permasalahan daripada pelaksanaan tersebut. Isunya, beranikah mereka untuk melaksanakannya dan adakah perkara itu mendapat persetujuan daripada ke semua parti politik?

“Bila ia dibahaskan di Dewan Rakyat, kita akan tahu siapa yang setuju dan siapa tidak setuju. Itu biasa kerana negara kita mengamalkan demokrasi yang menerima pandangan semua pihak,” katanya.

Untuk rekod pada, RUU bagi Akta Pendanaan politik sepatutnya dibentangkan pada akhir sidang Parlimen yang dijadual pada Oktober 2022, namun, perkara itu tertangguh sehingga ke hari ini. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN