PETALING JAYA: Coway, syarikat Best Life Solution, menghulurkan sumbangan sebanyak RM300,000 buat komuniti terjejas banjir kilat yang melanda negara baru-baru ini. Sumbangan adalah sebahagian daripada komitmen berterusan Coway dalam memberi kembali kepada komuniti dan memupuk daya tahan pada waktu yang mencabar. Menurut Coway, menerusi kerjasama dengan Bulan Sabit Merah Malaysia (BSMM), Syarikat komited dalam menyalurkan bantuan serta-merta dan pertolongan kepada mangsa banjir terutama di Kelantan, Terengganu, Kedah serta negeri-negeri lain…