PETALING JAYA: Dalam tempoh 75 tahun akan datang, beberapa bandar di pinggir pantai seluruh negara ada kemungkinan akan lenyap akibat hakisan. Antara bandar yang dikenal pasti mengalami hakisan pantai yang kritikal ialah di pesisir pantai Terengganu, Kelantan dan Pahang. Masalah hakisan serius juga turut berlaku di pesisir pantai Sabah dan Sarawak. Ini berikutan perubahan iklim global yang mengakibatkan kenaikan paras laut sehingga lebih satu meter dan hakisan pantai yang semakin…