KHARTOUM: Amerika Syarikat (AS) mengenakan sekatan terhadap Ketua Tentera Sudan, Jeneral Abdel Fattah al-Burhan, yang juga pemimpin de facto negara itu, kerana menggugat kestabilan Sudan serta menghalang peralihan demokratik. Sekatan itu diumumkan selepas konflik selama 21 bulan antara tentera dan kumpulan separa tentera Pasukan Sokongan Pantas (RSF) mengorbankan puluhan ribu nyawa, menyebabkan lebih 12 juta rakyat kehilangan tempat tinggal serta mengheret Sudan ke ambang kebuluran. Menurut Jabatan Perbendaharaan AS, tentera…