JAKARTA: Kementerian Agama Indonesia memaklumkan sedang menunggu surat rasmi daripada Kerajaan Arab Saudi berhubung sekatan ke atas jemaah warga emas yang dibenarkan menunaikan haji. Ketua Pengarah Haji dan Umrah, Hilman Latief berkata, kerajaan Arab Saudi bercadang mengehadkan kemasukan jemaah haji yang berumur 90 tahun ke atas. “Mungkin jumlahnya tidak banyak, tetapi menurut informasi terkini yang kami terima, Arab Saudi tidak lagi memberi kebenaran kepada jemaah yang berusia lebih daripada 90…